EURO 2024: Paul Pogba hadir di Dusseldorf tanda sokongan buat Perancis
Saufi Tahir
July 1, 2024 23:08 MYT
July 1, 2024 23:08 MYT
Bekas bintang Manchester United, Paul Pogba, dilihat hadir untuk memberikan kata-kata semangat buat penyokong Perancis yang berada di Dusseldorf untuk menyaksikan pasukan itu menentang Belgium, awal pagi ini.
Masalah kecederaan yang menghantui pemain berusia 31 itu sekali gus menyebabkan dia tidak dapat beraksi buat Juventus mahupun terpilih dalam skuad EURO 2024 kali ini.
"Saya harap kamu semua sihat. Saya sangat gembira melihat anda semua di sini. Ia menyejukkan hati saya. Saya rindu kamu semua." katanya.
« ???? ?? ???????. ???? ?? ???????, ????????. » ❤️ Paul Pogba est venu rendre visite aux supporters des Bleus ?? présents à Düsseldorf. La Pioche a eu le droit à un accueil plus que chaleureux. Il nous manque. ? pic.twitter.com/PXluRLWH1q
— Actu Foot (@ActuFoot_) July 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sepanjang bersama Perancis dia telah beraksi dalam 91 perlawanan dan menajaringkan 11 gol buat skuad Les Blues itu. Malah, dia merupakan tonggak penting ketika membawa Perancis menjuarai kejohanan Piala Dunia 2018.