EURO 2024: Neuer setaraf Buffon, bakal pecah rekod penampilan

Najmi Iman
June 19, 2024 07:57 MYT
Penjaga gol berusia 38 tahun, Manuel Neuer, mencatatkan rekod peribadi selepas diturunkan sebagai benteng terakhir skuad Jerman apabila menyamai status penjaga gawang legenda, Gianluigi Buffon, dalam pentas Euro 2024, awal pagi tadi.
Posisi nombor satu Bayern Munich itu sudah melakukan 17 penampilan bersama juara Piala Dunia 2018 tersebut sepanjang menjadi sandaran utama dalam empat edisi kejohanan Euro sekali gus bakal mengatasi pencapaian penjaga gol Itali itu dalam perlawanan seterusnya.

Buffon ? Neuer#EURO2024 | #GERHUN pic.twitter.com/cEDaeYM2qU

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Neuer membantu skuad kendalian Julian Nagelsmann melayakkan diri ke pusingan kalah mati selepas berjaya membantu Jerman mencipta dua kemenangan dengan hanya satu bolos di hadapan peminat tempatan.
#bola sepak #Gianluigi Buffon #Manuel Neuer #Euro 2024