EURO 2024: Morata, Rodri berdepan dakwaan ejek Gilbratar
July 24, 2024 10:55 MYT
Alvaro Morata dan Rodri didakwa oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) berikutan tindakan mereka ketika meraikan kejayaan EURO 2024 bersama Sepanyol.
Duo itu yang merupakan anggota penting ketika La Roja merakamkan kejuaraan keempat mencetuskan rasa tidak puas hati FA Gibraltar berhubung laungan mereka ketika perarakan trofi di Madrid.
Pemain tengah Manchester City, Rodri, jelas melaungkan "Gibraltar adalah Sepanyol" di atas pentas sementara Morata menggalakkan orang ramai agar ikut serta menyanyikannya.
Jumaat lalu, UEFA mengesahkan mereka telah membuka siasatan dan membuat kesimpulan mereka.
The Gibraltar FA welcomes UEFA opening formal disciplinary proceedings against Rodri and Álvaro Moratahttps://t.co/4bPoxPyBKq
— Gibraltar FA (@GibraltarFA) July 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pemain didakwa melanggar peraturan asas kelakuan sopan, menggunakan acara sukan untuk manifestasi yang bersifat bukan sukan serta mengheret sukan bola sepak dan UEFA khususnya ke dalam reputasi buruk.
Rodri dinamakan Pemain Terbaik Kejohanan di Jerman itu yang menyaksikan Morata meledak satu gol dalam aksi pembukaan Kumpulan B menentang Croatia di Berlin.