EURO 2024: But merah jambu Cristiano Ronaldo milik Bruno Fernandes?

Ammar Hakim
June 23, 2024 04:11 MYT
Cristiano Ronaldo dilihat memakai but buatan khas rakan sepasukannya semasa kemenangan Portugal ke atas Turkiye dalam saingan Euro 2024.
Portugal menewaskan Turkiye 3-0 sekaligus menyaksikan juara Euro 2016 itu menempah slot ke pusingan 16.
Bernardo Silva membuka jaringan sebelum Samet Akaydın menjaringkan gol sendiri dalam separuh masa pertama.
Selepas perlawanan bersambung, Ronaldo melakukan bantuan jaringan buat kapten Manchester United, Bruno Fernandes, untuk gol ketiga.
Apa yang membuatkan jaringan pemain tengah itu cukup bermakna apabila bantuan jaringan Ronaldo terhasil daripada but buatan khas Fernandes.
Bintang Manchester United itu meminjamkan Ronaldo butnya untuk separuh masa kedua ketika nama anak perempuannya tertera pada but.

?? If you look closely, Ronaldo's Vapor 15 boots have the ID 'Matilde' (Matilde Fernandes) printed on them - which is the name of Bruno's daughter. This means that Ronaldo was not prepared by Nike for the Vapor 15 boots, but used Bruno's Vapor 15 boots. pic.twitter.com/QeWRds8fiF

— Footy Headlines (@Footy_Headlines) June 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nama Matilde ditulis pada but merah jambu pemenang Ballon d'Or lima kali itu dalam separuh masa kedua.
Ronaldo masih belum menjaringkan gol di Euro 2024, tetapi dia mempunyai satu bantuan jaringan untuk namanya kerana dia akan berusaha untuk mencatatkan gol apabila Portugal meneruskan kempen mereka Rabu depan menentang Georgia.
#Cristiano Ronaldo #Portugal #Bruno Fernandes #Euro 2024 #Turkiye