EURO 2024: Mbappe perlu jalani pembedahan, Deschamps

Ammar Hakim
June 18, 2024 23:51 MYT
Didier Deschamps berkata Perancis akan mengambil hari demi hari melibatkan pemulihan Kylian Mbappe, tetapi mengesahkan penyerang itu memerlukan pembedahan.
Mbappe patah hidung ketika kemenangan Perancis ke atas Austria di Euro 2024 Isnin lalu.
Pemain berusia 25 tahun itu, yang akan menyertai Real Madrid secara rasmi pada Julai, dilaporkan tidak menyertai perlawanan pada Jumaat menentang Belanda, dan Perancis tidak meletakkan skala masa untuk kepulangannya, yang mungkin bermakna dia terlepas baki peringkat kumpulan sama sekali.
Dalam temu bual yang diterbitkan ke akaun X Perancis pada hari Selasa, Deschamps berkata, "Masih ada penilaian esok untuk memastikan kita melihat bagaimana keadaan berubah.
"Kakitangan perubatan melakukan apa yang perlu untuk Mbappe kembali pulih. Walaupun tidak segera, dia perlu menjalani pembedahan.
"Dia sudah kelihatan lebih baik, jadi kita akan melihatnya dan memantaunya dengan teliti setiap hari."

Didier Deschamps nous donne des nouvelles du nez de Kylian Mbappé ?#FiersdetreBleus pic.twitter.com/HIOJt3LHSY

— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) June 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Didier Deschamps #Austria #Kylian Mbappe #Perancis #Euro 2024