Bintang Real Madrid, Jude Bellingham, telah didenda oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kerana melakukan isyarat yang seakan-akan menghina penyokong lawan ketika meraikan kemenangan England ke atas Slovakia pada perlawanan pusingan ke-16 Euro 2024, Isnin lalu.

Bellingham menjaringkan sepakan gunting yang menakjubkan lima minit sebelum masa kecederaan ketika England bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Slovakia dalam pusingan 16, manakala kemenangan mereka dimuktamadkan menerusi jaringan Harry Kane yang menanduk masuk jaringan kemenangan pada masa tambahan.

Namun, pemain tengah itu menegaskan bahawa dia tidak bermaksud menunjukkan isyarat itu kepada penyokong Slovakia, sebaliknya sebagai simbolik gurauan dengan kenalannya yang berada di bangku peminat.


Selepas siasatan yang dilakukan oleh UEFA, badan induk itu telah menjatuhkan denda sebanyak €30,000 (RM152,818) bersama-sama dengan penggantungan satu perlawanan.

Namun, pemain berusia 21 tahun itu tetap tersedia untuk perlawanan suku akhir Euro 2024 menentang Switzerland, pada esok.