EURO 2024: Jerman hantar Denmark pulang, mara ke suku akhir
Saufi Tahir
June 29, 2024 05:21 MYT
June 29, 2024 05:21 MYT
JERMAN 2-0 DENMARK
Jerman berjaya melangkah ke pusingan suku akhir EURO 2024 selepas menewaskan Denmark 2-0 di Stadium Signal Iduna park, sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun Jerman jelas mendominasi perlawanan dengan beberapa cubaan tetapi Kasper Schmeichel menjadi watak penting sebagai benteng terakhir Denmark.
GET IN! ??? Quarter-finals here we come ⏭️#DFB #GermanFootball #GermanMNT #EURO2024 #GERDEN ? DFB/ Philipp Reinhard pic.twitter.com/eq5lcPNTLA
— German Football (@DFB_Team_EN) June 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Joachim Andersen hampir meletakkan Denmark di hadapan pada minit ke-48 tetapi selepas pengadil perlawanan, Michael Oliver, membatalkan jaringan tersebut susulan ofsaid selepas melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).
Selang beberapa minit, Jerman dihadiahkan penalti selepas pengadil mendakwa bola hantaran David Raum terkena tangan Joachim Andersen.
Kai Havert memecahkan kebuntuan pada minit ke-53 selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Jerman mendahului Denmark 1-0.
Kai Havert berpeluang menggandakan jaringan pada minit ke-58 dalam situasi satu lawan satu berdepan Schmeichel tetapi sepakannya tersasar melintasi gawang gol justeru menyelamatkan gawang Denmark.
?? Hosts Germany are into the quarter-finals! #EURO2024 | #GERDEN pic.twitter.com/p4UJY4HdsV
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, ketenangan Jamal Musiala dengan larian pantas memberikan skuad Die Mannschaft kelebihan dua gol apabila mudah menyumbat masuk jaringan kedua pada minit ke-68. Jaringan itu menjadi gol ketiga buat Musiala dalam empat perlawanan dia bersama Jerman di saingan EURO 2024.
Pemain gantian hampir Niclas Füllkrug menambah derita Denmark dengan jaringan ketiga dalam masa tambahan, tetapi selepas menyemak VAR pengadil sekali lagi menafikan jaringan itu.
Keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat sekali gus membawa cabaran Jerman sebagai tuan rumah ke pusingan 8 terbaik dengan anak buah Julian Nagelsmann itu bakal berdepan cabaran Sepanyol mahupun Georgia dalam pusingan suku akhir nanti.
Untuk rekod, Jerman berjaya melangkah ke pusingan suku akhir buat pertama kali sejak kali terakhir adalah pada kejohanan EURO 2016 apabila berjaya berjaya mara sehingga ke pusingan separuh akhir.