EURO 2024: Jaringan sendiri hukum Itali, Sepanyol mara ke pusingan kalah mati

Saufi Tahir
June 20, 2024 04:55 MYT
Kemenangan kedua Sepanyol berturut-turut memastikan slot kedua ke pusingan kalah mati menjadi milik mereka selepas menewaskan Itali dengan kemenangan tipis 1-0 di Arena AufSchalke, sebentar tadi.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan walaupun Sepanyol mendominasi perlawanan sepenuhnya dengan sembilan percubaan ke arah gawang skuad Azzuri.

?? Spain through to the round of 16 as group winners ?#EURO2024 | #ESPITA pic.twitter.com/BDj2p5N1nu

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, Sepanyol memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-55 apabila tandukan Morata hasil hantaran Inaki Williams dalam kotak penalti terkena kaki Riccardo Calafiori hingga menyebabkan jaringan sendiri untuk memberikan Sepanyol kelebihan dengan 1-0.
Sepanyol agresif untuk menggandakan jaringan dan mengasak benteng pertahanan Itali sehingga minit akhir perlawanan tetapi Gianluigi Donnarumma berjaya menafikan percubaan demi percubaan Sepanyol.

Spain's tracksuit for Euro 2024 ? pic.twitter.com/nzZ7W5xnxZ

— ESPN FC (@ESPNFC) June 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan itu kekal hingga wisel penamat sekaligus membawa Itali kekal di tangga kedua Kumpulan B dengan tiga mata dibawah Sepanyol yang mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.
#bola sepak #Sepanyol #Itali #Euro 2024