EURO 2024: Itali sedia pamer taktikal lebih moden berdepan Sepanyol


June 20, 2024 22:17 MYT
Davide Frattesi memberi amaran Sepanyol akan tampil lebih moden, namun pemain tengah Itali itu percaya Azzurri mempunyai lebih ruang berbanding ketika menang 1-0 ke atas Albania pada 16 Jun lalu.
Pemain kelab Serie A Itali, Inter Milan, itu juga menjangkakan perlawanan kedua Kumpulan B di Veltins-Arena pada Jumaat berbeza berbanding perlawanan pembukaan.
“Saya percaya akan ada lebih banyak ruang tetapi kami mahu mengekalkan penguasaan bola. Secara individu, Sepanyol lebih baik daripada kami, jadi kami perlu meletakkan semangat Itali di padang.

Here we come ? Let's goooo, lads! ?#ESPITA #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/Kyn160kka6

— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) June 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami mesti berjuang bersungguh-sungguh kerana berkemungkinan bergelut jika cuba memenangi setiap pertarungan satu lawan satu. Jadi kami perlu pengorbanan tinggi untuk mempamerkan persembahan yang hebat,” katanya.
Sepanyol kendalian Luis de la Fuente sebelum ini tidak memenangi penguasaan bola ketika menewaskan Croatia, 3-0 di Olympiastadion Berlin pada 16 Jun lalu.
“Saya percaya setiap permainan mesti mengikut konteks dan apabila anda menang 3-0, anda tidak mahu bolos. Anda tidak begitu berminat dengan penguasaan bola.
“Ia adalah versi Sepanyol yang lebih moden. Mereka tidak lagi mempunyai tiga legenda itu di tengah-tengah, jadi ia adalah versi yang lebih moden dan saya tidak tahu sama ada ini adalah kelebihan.

The final touches ?️ ?‍?#ESPITA #EURO2024 #Azzurri #VivoAzzurro pic.twitter.com/mVxkJriZ7m

— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) June 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami akan kurang penguasaan bola berbanding Albania, jadi kami pastinya perlu lebih fokus dalam bertahan. Kami mesti memanfaatkan sepenuhnya peluang melalui gaya permainan kami,” jelas Frattesi. - Sinar Harian
#bola sepak #Sepanyol #Itali #Euro 2024