EURO 2024: Gaya baru Kylian Mbappe awal pagi ini


June 21, 2024 21:35 MYT
Pemain sensasi, Kylian Mbappe tampil dengan gaya berbeza apabila memakai topeng ketika turun berlatih bersama Perancis pada Jumaat.
Pemakaian topeng berlatar belakang warna bendera Perancis itu susulan kecederaan patah hidung yang dialami Mbappe ketika perlawanan menentang Austria dalam aksi pertama Kumpulan D Euro 2024 Selasa lalu.
Jurulatih Perancis, Didier Deschamps memaklumkan perkembangan terbaharu keadaan Mbappe yang mengesahkan penyerang itu boleh bermain menentang Belanda pada awal pagi Sabtu.

???#FiersdetreBleus pic.twitter.com/LghAKemHKf

— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) June 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Semuanya berjalan mengikut perancangan. Mbappe boleh keluar dan melakukan aktiviti seperti yang dia lakukan dalam sesi latihan,” ujar Deschamps.
Kecederaan itu berlaku ketika Mbappe berlanggar dengan Kevin Danso semasa pertarungan di udara.
Hidung Mbappe berdarah dan terpaksa meninggalkan padang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Dusseldorf. - Sinar Harian
#bola sepak #Kylian Mbappe #Perancis #Euro 2024