EURO 2024: Gandingan pemain Manchester United, Liverpool bantu Scotland raih satu mata berharga

Saufi Tahir
June 19, 2024 20:57 MYT
Andy Robertson dan Scott Mctominay menjadi watak penting dalam membantu Scotland mendapatkan satu mata berharga sekaligus menyaksikan cabaran buat Scotland dalam saingan EURO 2024 terus menyala.
Scotland berjaya mengikat Switzerland dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Cologne, Jerman sebentar tadi.
Serangan bertali arus Switzerland dikejutkan dengan satu serangan balas apabila Scott Mctominay membuka jaringan pada minit ke-13 sebelum Xherdan Shaqiri menyamakan kedudukan pada minit ke-26 untuk menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam separuh masa pertama.
Bintang Liverpool, Andy Robertson, menjadi watak penting dalam menjaga benteng pertahanan Scotland daripada ditembusi pasukan lawan yang mencari gol kemenangan.
Don Nyode hampir menjadi watak penting skuad Switzerland dalam melakar kemenangan kedua tetapi sepakannya sedikit tersasar daripada gawang gol.

FULL TIME: Scotland 1-1 Switzerland. A goalless second half sees the points shared in Köln. Onto Sunday.#SCOSWI | #EURO2024 pic.twitter.com/VnXLlJu1rN

— Scotland National Team (@ScotlandNT) June 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, Scotland berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-67 hasil hantaran Andy Robertson daripada sepakan percuma tetapi tandukan Grant Hanley sekadar terkena palang gol.
Pemain gantian Switzerland, Breel Embolo, yang menjaringkan gol pada minit ke-82 terpaksa akur apabila berada dalam kedudukan ofsaid untuk kedudukan terus kekal 1-1.
Scotland kini mengumpul satu mata di kedudukan ketiga dan bakal berdepan cabaran Hungary dengan misi wajib menang dengan jaringan besar dalam aksi terakhir Kumpulan A, Isnin depan.

5 + 5 - Xherdan Shaqiri ist nach Michel Platini, Jürgen Klinsmann, Zinedine Zidane, Thierry Henry, Cristiano Ronaldo und Romelu Lukaku der siebte Spieler mit mehr jeweils 5+ Toren bei der EURO und 5+ Toren bei Weltmeisterschaften. Poesie. #SCOSUI #EURO2024 https://t.co/3gwcqYSjhn

— OptaFranz (@OptaFranz) June 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hungary menjadi pasukan pertama yang tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mata EURO 2024 selepas tewas dalam dua aksi peringkat kumpulan berdepan Switzerland dan Jerman.
#bola sepak #Scotland #Switzerland #Euro 2024