Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker

Shaiful Shamsudin
March 25, 2024 00:35 MYT
Harry Maguire, Kyle Walker dan Sam Johnstone telah meninggalkan skuad England gara-gara dibelenggu kecederaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Belgium, awal pagi Rabu ini.
Semalam, anak buah Gareth Southgate itu mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh 15 bulan selepas pemain gantian remaja Endrick melakukan percubaan lewat permainan memastikan Brazil menang 1-0 di Wembley.
Walker dan Maguire memulakan perlawanan itu tetapi kini terpaksa meninggalkan kem England akibat kecederaan, begitu juga penjaga gol pilihan kedua, Johnstone, menjelang pertembungan Belgium itu.

.@kylewalker2, @samjohnstone and @HarryMaguire93 have returned to their respective clubs for assessment having sustained injuries in recent days. Wishing you a speedy recovery, lads ? pic.twitter.com/ZrdCKOWsdk

— England (@England) March 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rico Lewis, yang membuat penampilan sulung menentang Macedonia Utara pada November lalu, kemudiannya menyertai skuad B-21 di saming James Trafford yang menerima panggilan senior pertamanya.
#England #Euro 2024