EURO 2024: Denmark pastikan peluang ke pusingan kalah mati terus terbuka

Saufi Tahir
June 20, 2024 01:57 MYT
Jaringan Morten Hjulmand memastikan cabaran Denmark untuk melangkah ke pusingan kalah mati dalam Kumpulan C terus terbuka selepas mengikat England 1-1 di Frankfurt Arena, sebentar tadi.
Harry Kane terlebih awal membuka akaun jaringan dalam saingan EURO 2024 selepas menolak masuk bola ke dalam gawang untuk memberikan England kelebihan 1-0 mendahului Denmark dalam awal permainan.
Begitupun, jaringan dari luar kotak Morten Hjulmand pada minit ke-34 memastikan cabaran Denmark terus terbuka untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Group C rivals draw in Frankfurt.#EURO2024 | #DENENG pic.twitter.com/q56MUMMHxc

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Separuh masa kedua pula bersambung dengan sepakan merbahaya Phil Foden yang hampir menggandakan jaringan buat England pada minit ke-54 tetapi sekadar menerjah palang gol.
Pertahanan England yang berdisiplin dalam mematahkan serangan yang diatur menyukarkan Denmark untuk mengatur langkah memecahkan benteng pertahanan skuad The Three Lions tetapi lebih agresif membuat sepakan daripada luar kotak penalti.
Suad kendalian Gareth Southgate terpaksa berpuas hati apabila melakar keputusan seri dan masih mengungguli kedudukan pertama Kumpulan C dengan empat mata sementara Denmark di tempat kedua dengan dua mata selepas seri dalam dua perlawanan terakhir.

??????? Second-half England heroes? #EURO2024 | #DENENG pic.twitter.com/RU6uui2MFQ

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Harry Kane #Euro 2024 #Morten Hjulmand