EURO 2024: Denmark mahu cipta kejutan, England potensi ke pusingan 16

Najmi Iman
June 20, 2024 12:44 MYT
Perlawanan pertama Denmark ketika menentang lawannya, Slovenia, tidak berjalan seperti yang dirancang dan sekadar mengutip satu mata dalam kumpulan C Euro 2024.
Persiapan bertemu England bakal menjadi pertemuan tentang perjalanan hala tuju mereka selain mahu menempah slot ke pusingan seterusnya.
Pemain muda yang sedang meningkat naik, Jude Bellingham, sudah pasti menjadi ancaman berbahaya buat skuad kendalian Kasper Hjulmand untuk terus mendapatkan tiga mata penuh buat pasukan The Three Lions.
Sebagai rekod, Denmark hanya berjaya memenangi empat perlawanan daripada 22 pertemuan terakhir mereka menentang England.
#bola sepak #England #Denmark #Euro 2024