Euro 2020: Santos akui Portugal telah beri aksi terbaik untuk menang
Ammar Hakim
June 28, 2021 11:14 MYT
June 28, 2021 11:14 MYT
Fernando Santos tidak mempersoalkan usaha Portugal selepas dia mendedahkan sebilangan pemain menitiskan air mata selepas tewas kepada Belgium dalam aksi suku akhir Euro 2020.
Portugal merupakan juara bertahan Kejuaraan Eropah yang mengejutkan Perancis dalam Euro 2016 dan skuad menarik mengisyaratkan cabaran lain dalam beberapa minggu akan datang.
23 - Portugal recorded 23 shots against Belgium, the highest tally for a team in a game in #EURO2020 without scoring. Denied. #POR #BELPOR #EURO2020 pic.twitter.com/cz8101ewO5
— OptaJohan (@OptaJohan) June 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tetapi keputusan seri dengan Perancis dalam perlawanan terakhir Kumpulan F menyaksikan skuad kendalian Santos terpaksa bertemu pasukan di ranking teratas dunia.
Thorgan Hazard merupakan peledak gol kemenangan Belgium, jaringan daripada luar kotak penalti memastikan Belgium menang 1-0 -- yang pertama ke atas Portugal sejak 1989.
"Kami kecewa dan sedih," kata Santos kepada TVI24. "Saya membuat beberapa pemain menangis di bilik persalinan. Mereka memberikan segalanya.
"Tewas adalah tewas. Sejujurnya saya tidak mempunyai banyak kata-kata ketika ini. Kami semua menginginkannya dan kami mempercayainya.
"Kami mempunyai keyakinan bahawa kami mampu mara ke final dan menang. Tiada apa yang perlu dipersoalkan, kami dibolosi dan kami tidak dapat menjaringkan gol."
"Pemain-pemain telah melakukan segala-galanya. Mereka memberikan apa yang mereka mampu dan tidak berjaya mendapatkan hasil untuk pasukan."
1 - Portugal were eliminated from #EURO2020 with just one victory from their four games (D1 L2), their fewest in a single tournament at the European Championships since their first appearance in 1984, when they also won one of four (D2 L1). Comedown. pic.twitter.com/thOGOSGATG
— OptaJoe (@OptaJoe) June 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.