Muzaffar Musa
Mon Jun 14 2021
Jose Mourinho mendedahkan bahawa dia "berdoa" dan "menangis" sebaik melihat Christian Eriksen rebah ketika mewakili Denmark menentang Finland dalam Euro 2020 awal pagi semalam.
Pemain tengah Inter Milan itu mengalami serangan jantung dan tumbang di atas padang sebelum diberikan bantuan, seperti yang disahkan doktor pasukan Denmark, Morten Boesen.
Eriksen diberikan bantuan kecemasan (CPR) oleh pegawai kesihatan dalam babak pertama perlawanan Kumpulan B itu selepas rebah ke tanah tanpa disentuh sebarang pemain di sekelilingnya -- perlawanan itu ditunda selama hampir dua jam sebelum disambung semula selepas bekas bintang Tottenham itu disahkan telah sedar di Hospital, di mana Finland kemudian memperoleh kemenangan 1-0.
Bekas pengurus Tottenham, Mourinho, yang membimbing Eriksen sebelum pemain kebangsaan Denmark itu berhijrah ke Inter Milan pada 2020, berkata dia berdoa dan menangis mengenangkan nasib bekas anak buahnya itu.
"Saya tidak dapat berhenti berfikir mengenai apa yang berlaku," kata Mourinho kepada talkSPORT.
"Saya fikir ia akan menjadi hari untuk diraikan dan bukannya untuk bersedih.
"Ia lebih penting daripada bola sepak tetapi pada masa sama, saya percaya ia telah menunjukkan nilai-nilai murni dalam bola sepak.
"Kasih sayang, solidariti, semangat kekeluargaan. Ia bukan hanya keluarganya, ia mengenai seluruh keluarga bola sepak. Bola sepak menyatukan setiap orang.
"Saya berdoa semalam, saya menangis semalam tetapi berapa juta orang lagi melakukannya di seluruh dunia? Saya percaya ramai kerana bola sepak dapat menyatukan semua orang.
"Semalam, untuk satu sebab yang tidak sepatutnya, bola sepak telah menyatukan semua orang. Pada akhirnya kita dapat meraikan bahawa Christian masih hidup.
"Ia berita yang amat baik, saya kira ia satu momen untuk diraikan," katanya.
Liga Super: Sabah cemerlang raih kemenangan pertama atasi Kelantan
Sabah cemerlang meraih kemenangan pertama musim ini apabila mengatasi Kelantan Darul Naim 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu sebentar tadi.
Jangan ganggu, biar polis teliti siasatan - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta peminat dan penyokong bola sepak memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terhadap insiden yang berlaku ke atas tiga pemain baru-baru ini.
Liga Super: Terengganu terima tajaan keseluruhan RM8.3 juta
Terengganu menerima keseluruhan tajaan lebih RM8 juta bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025 musim ini.
TMJ seru 'stop violence in football'
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menyeru agar segala bentuk keganasan dihentikan serta-merta dalam arena bola sepak negara.
AFC Perkenal empat kejohanan baru
Menjelang pembukaan musim baru 2024/2025, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), memperkenalkan empat siri kejohanan baru bagi benua Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Piala FA: Cabaran sukar menanti Selangor, JDT bertemu Kelantan di pusingan 16
Selangor bakal menempuh perjalanan sukar untuk membawa cabaran ke final Piala FA apabila diundi bertemu Negeri Sembilan dalam saingan pusingan 16.
Liga Super: Bruno percaya gandingan bersama Ifedayo bakal manfaat PDRM
'Saya dapat hidu sesuatu istimewa', demikian laungan amaran perancang utama PDRM, Bruno Suzuki, yang sedia untuk menggempur gawang kendalian, Haziq Nadzli, dalam aksi kedua Liga Super, pada Sabtu.
Dorongan semangat rakan sepasukan buat Faisal Halim
Beberapa pemain Selangor sudah berkomunikasi dengan Faisal Halim untuk bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat agar proses pemulihan kelecuran tahap empat pemain itu berjalan dengan baik.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim yang berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan yang positif dari masa ke semasa.
Info Siaran Langsung: Undian Piala FA 2024/2025
16 pasukan bakal berentap dalam saingan Piala FA 2024/2025 kali ini untuk merebut satu piala berprestij di Malaysia.
Toronto FC v CF Montreal: Courtois accepts blame amid ongoing winless streak
Courtois wants end to winless run
Jarry defeats Paul to set up Zverev showdown in Italian Open final
Jarry sets up Zverev final in Rome
Fiorentina 2-2 Napoli: Kvaratskhelia keeps visitors' slim European hopes alive
Report: Fiorentina 2-2 Napoli
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg): Saints set up play-off final with Leeds United
Southampton 3-1 West Brom (3-1 agg)
Al-Nassr 1-1 Al-Hilal: Mitrovic scores last-gasp penalty
Report: Al-Nassr 1-1 Al-Hilal
Marc Skinner signs Manchester United Women contract extension
Marc Skinner to stay on at Man Utd
IPL: Mumbai Indians condemned to last-place finish after 18-run defeat to Super Giants
Indians consigned to last place
Premier League title race destiny is 'in our hands', says Man City boss Guardiola
Preview: Man City v West Ham
Fifth-place finish would be 'amazing' for Chelsea, claims Pochettino
Preview: Chelsea v Bournemouth
Ten Hag unconcerned by Fernandes' fitness ahead of Man Utd's trip to Brighton
Preview: Brighton v Man Utd