Euro 2020: Mancini ada 'masalah besar' pilih pemain terbaik Itali
Muzaffar Musa
November 19, 2020 13:48 MYT
November 19, 2020 13:48 MYT
Roberto Mancini memuji pemain muda yang menyerlah dalam skuad Itali dan sedar dia kini berdepan masalah besar untuk menamakan 23 pemain terbaiknya menjelang Euro 2020.
Ketua jurulatih Itali itu tidak dapat menyertai tiga perlawanan bulan ini gara-gara diuji positif koronavirus dan perlu menjalani pengasingan kendiri.
Penolongnya, Albergio Evani, telah membimbing skuad Azzurri itu memperoleh tiga kemenangan tanpa bolos dengan yang terbaru menewaskan Bosnia-Herzegovina 2-0 awal pagi tadi untuk menempah tempat ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) tahun depan.
Sebelum pusingan akhir melibatkan empat negara yang berkemungkinan diadakan di Itali, Okotober depan itu bermula, skuad kendalian Mancini berkenaan akan bersaing dalam Euro 2020 pada Jun depan.
Itali telah menggugurkan ramai pemain daripada skuad mereka bulan ini, termasuk pemain senior seperti Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini dan Marco Verratti tetapi Mancini gembira dengan prestasi dipamerkan pemain muda yang terpilih.
"Memilih 23 pemain untuk Kejohanan Eropah akan menjadi masalah besar," katanya kepada Rai Sport melalui satu panggilan video.
"Ia sudah menjadi sukar sebelum ini tetapi dalam empat bulan ini, ramai pemain hadir dan terbukti hebat. Ia sentiasa baik untuk memperoleh masalah seperti ini," katanya.
Qualificati! Bravi e concentrati per un risultato voluto e meritato! Un pensiero anche a chi oggi non c'era e ai nuovi appena arrivati! Insieme abbiamo contribuito a questi 2 anni meravigliosi. Grazie allo staff e a tutti. Straordinari!!!#Mancio #NationsLeague #BosniaItalia pic.twitter.com/cwxZw3B4J9
— Roberto Mancini (@robymancio) November 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Itali tidak pernah tewas dalam 22 perlawanan terakhir-- rekod terbaik mereka sejak memenangi Piala Dunia 2006 -- dan akan menjadi pasukan pilihan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.
Diminta untuk menggambarkan tempoh dua setengah tahunnya mengemudi pasukan kebangsaan itu, Mancini berkata: "Sebelum ini, kami berada di kedudukan ke-20 dan kami kini berada di ranking keenam.
"Pemain sudah menjalankan tugas dengan baik kerana ia tidak selalu dapat dilihat.
"Kami mencuba untuk lebih banyak menyerang dalam permainan kami. Anda memerlukan mentaliti yang betul supaya anda memiliki gaya permainan seperti pasukan besar lain," katanya lagi.