Erling Haaland cedera ketika sesi latihan Norway

Muzaffar Musa
March 20, 2024 02:20 MYT
Erling Haaland kelihatan terhincut-hincut dan meninggalkan latihan ketika tugasan antarabangsa bersama Norway.
Penyerang Manchester City itu dirakam meninggalkan padang latihan dengan kesakitan, hanya 12 hari sebelum kelabnya menentang Arsenal dalam pertembungan blokbuster Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.
Haaland juga kelihatan memegang kakinya yang mengalami kecederaan itu.
Norway akan berdepan Republik Czech dalam satu aksi persahabatan pada Jumaat ini sebelum melayani kunjungan Slovakia minggu depan.
Haaland, yang sudah menjaringkan 18 gol dalam EPL musim ini, kini sedang mendahului senarai penjaring terbanyak untuk mengekalkan Anugerah Kasut Emas yang dimenanginya musim lalu.
#bola sepak #Manchester City #Norway #Liga Perdana Inggeris #Erling Haaland