Erik ten Hag yakin Manchester United dan Marcus Rashford akan saling memerlukan berhubung situasi kontrak penyerang itu.

Rashford hanya berbaki setahun dalam perjanjiannya di kelab yang dia diwakilinya sejak berusia tujuh tahun itu.

Pemain berusia 25 tahun itu menafikan laporan awal tahun ini bahawa dia menuntut gaji setinggi £500,000 (RM2,8j) seminggu tetapi rundingan berkenaan masih berlarutan.


Ten Hag secara terbuka dan tenang berkata: “Saya tahu (ia mengambil masa) tetapi saya tidak bercakap mengenai proses itu.

A post shared by Marcus Rashford MBE (@marcusrashford)




“Ini tidak penting buat saya mahupun Rashy buat masa ini.

"Matlamatnya adalah mendapatkan lebih banyak gol musim ini dan dia telah mengharungi satu musim yang hebat sementara pasukan juga melalui musim yang hebat.

“Kami perlu layak ke Liga Juara-Juara (UCL) dan fokus mengenainya. Marcus mahu kekal dan kami juga mahu dia kekal, jadi saya fikir kami akan mencari satu sama lain.”