Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, percaya perjuangan Chelsea musim ini adalah petanda amaran betapa sukarnya perjalanan kelab selepas bertukar pemilikan.

Ketika Glazers terus mempertimbangkan penjualan penuh atau separa United, proses yang telah berlangsung sejak November, Chelsea akan melawat Old Trafford awal pagi esok selepas menempuhi musim pertama yang sangat mengecewakan sejak kelab diambil alih oleh Todd Boehly musim panas lalu.

Tidak ada kekurangan dana kerana kelab London itu telah membelanjakan hampir GBP600 juta dalam dua jendela perpindahan terakhir, tetapi pelaburan itu masih belum membuahkan hasil dengan salah satu daripada apa yang dipanggil 'Big Six' Liga Perdana Inggeris tersepit di tempat ke-12.

Frank Lampard, pengurus ketiga Chelsea musim ini berikutan pemecatan awal musim Thomas Tuchel dan Graham Potter selama tujuh bulan yang malang, hanya memperoleh empat mata daripada sembilan perlawanan sebagai pengurus sementara.

Chelsea telah dikritik kerana pendekatan mereka dalam jendela perpindaha, pada satu ketika menandatangani begitu ramai pemain yang mereka tidak boleh muat di bilik persalinan tempat latihan Cobham mereka, dan Ten Hag berkata pengalaman mereka menunjukkan wang bukanlah jawapan jika tidak dibelanjakan dengan bijak.

"Buat masa ini pemusatan pemain yang bagus, pengurus terbaik, juga wang semuanya ada di sini di UK, yang menjadikan persaingan hebat tetapi juga persaingan yang sukar dan bertambah sukar," katanya.

"Anda perlu melakukan perkara yang betul, anda boleh mempunyai wang tetapi anda perlu melakukannya dan membelanjakannya dengan cara yang bijak dan anda perlu mempunyai strategi di sebaliknya, jika tidak, wang itu tidak berfungsi."