Eric Bailly dipinjam semusim ke Marseille

Shaiful Shamsudin
August 24, 2022 19:22 MYT
Manchester United mengesahkan penghijrahan pertahanan, Eric Bailly, ke Marseille secara pinjaman selama semusim dengan potensi melengkapkan perpindahan tetapnya.
Menurut laporan, Marseille perlu membelinya dengan harga €6 juta (RM26.8j) jika pertahanan tengah Ivory Coast itu memenuhi kriteria penampilan selain Marseille layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Bailly tiba di Old Trafford daripada Villarreal pada 2016 dan merupakan anggota skuad The Red Devils yang memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) dan Liga Europa di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2017.

? ???? ??????? ? ??????? ?? ✍️ «??? ??? ????» #BienvenueSurMars ???? ?????? ??? pic.twitter.com/YgFJlGDRRE

— Olympique de Marseille (@OM_Officiel) August 24, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, berikutan pelbagai masalah kecederaan selain ketibaan Harry Maguire dan Raphael Varane menyaksikan peluang penampilan makin terhad kepada 57 aksi sejak permulaan kempen 2018-19.
Kehadiran Lisandro Martinez daripada Ajax meletakkan posisi Bailly dalam situasi sukar di bawah pengurus baru, Erik ten Hag.
#Manchester United #Marseille #Eric Bailly