Eredivisie: Ajax seri lawan PSV Eindhoven dalam debut Jordan Henderson

Famizal Daud
February 4, 2024 09:28 MYT
Bekas kapten Liverpool Jordan Henderson membuat penampilan sulungnya bersama Ajax ketika pasukan Amsterdam itu mengikat pendahulu Liga Utama Belanda, PSV Eindhoven dengan keputusan 1-1 pagi tadi.
Pemain antarabangsa England itu berpindah ke Belanda bulan lalu selepas memendekkan tempoh kontroversinya di Arab Saudi dan beraksi selama 90 minit penuh untuk skuad kendalian Johannes Vant Schip menentang PSV.
Ajax yang mengekori pendahulu dengan 21 mata, menjaringkan gol pertama menerusi Steven Berghuis tetapi disambar oleh gol penyamaan Luuk de Jong.
Selepas perlawanan, Henderson menulis ciapan: “Saya suka setiap detik itu. Banyak perkara positif yang perlu diambil."

Loved every second of that. Lots of positives to take. On to the next one ❌❌❌ pic.twitter.com/y4cuY5Qj99

— Jordan Henderson (@JHenderson) February 3, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ajax #Jordan Henderson #Eredivisie
;