EPL: Wolves menang lawan Man Utd atas dasar semangat, bukan taktikal

Hanis Natasya Lizam
December 27, 2024 16:46 MYT
Vitor Pereira mengenepikan taktik menjelang kemenangan Wolves ke atas Manchester United .
Wolves menyusuli kemenangan 3-0 ke atas Leicester City dalam perlawanan pertama Pereira sebagai pengurus dengan menewaskan Manchester United 2-0 pada Boxing Day, awal pagi tadi.
Matheus Cunha menjaringka gol terus dari sepakan sudut, diikiuti dengan jaringan Hwang Hee-chan yang memastikan kemenangan di Molineux.
Walaupun terdapat peningkatan yang jelas, Pereira menjelaskan bahawa dia tidak terlalu menekankan aspek taktikal pada pasukannya.

A superb introduction to Molineux ? pic.twitter.com/pxh48ui561

— Wolves (@Wolves) December 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia memberitahu Amazon Prime: “Saya memberitahu mereka bahawa ia bukan hanya tentang taktikal, tetapi juga mengenai semangat, tenaga, komitmen, dan keyakinan dalam diri mereka sendiri.”
“Dalam kehidupan kita, jika tiada keyakinan, ini adalah mustahil untuk mencapai sasaran.”
“Saya fikir kami mempunyai pemain yang bagus dengan kualiti, tetapi kami kehilangan kekuatan mental untuk bermain. Saya rasa komitmen menentang United dan sokongan daripada penyokong kami adalah sesuatu yang istimewa.”
#bola sepak #Wolves #Wolverhampton Wanderers #EPL #Liga Perdana Inggeris #Vitor Pereira
;