EPL: Virgil van Dijk masih percaya Liverpool akan jadi juara

Najmi Iman
April 21, 2024 08:47 MYT
Ketua pasukan Liverpool, Virgil van Dijk berkata segalanya tidak mustahil dan apa-apa boleh berlaku dalam saingan perebutan tahta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), antara pasukan Liverpool, Manchester City dan Arsenal.
Anak buah Jurgen Klopp telah keciciran mata dan turun ke tangga ketiga liga selepas ditewaskan oleh Crystal Palace pada hujung minggu lalu.
Kendatipun begitu, pemain kebangsaan Belanda itu tetap optimis mengenai peluang untuk bergelar juara dalam baki enam perlawanan terakhir saingan liga.
"Berbaki enam perlawanan terakhir, kami perlu buat yang terbaik kerana apa-apa boleh berlaku.
"Kami akan memberikan sepenuh tumpuan seperti mana yang kami lakukan sebelum ini," katanya.
#bola sepak #Liverpool #Virgil van Dijk #Liga Perdana Inggeris
;