Menerusi kemas kini terbaru laman sesawang Liga Perdana Inggeris (EPL), satu kenyataan rasmi berkenaan 'Teknologi Ofsaid Separa Automatik' telah diumumkan semalam.

Mesyuarat Pemegang Saham Liga Perdana yang dihadiri oleh kesemua kelab juga sebulat suara untuk bersetuju dengan pengenalan teknologi baru tersebut.

Sistem baru itu akan digunakan buat kali pertama dalam Liga Perdana (EPL), pada musim depan. Teknologi tersebut dijangka bersedia untuk diperkenalkan selepas tamat 'international break' pada musim luruh nanti.

Teknologi ini akan menyediakan garis ofsaid secara 'visual' yang lebih cepat dan konsisten, berdasarkan keberadaan pemain, dan akan menghasilkan grafik siaran berkualiti tinggi untuk memastikan pengalaman dalam stadium dan siaran yang dicipta khas buat semua penyokong.