Tottenham melengkapkan kesepakatan bernilai £40 juta (RM210.06 juta) untuk mendatangkan pertahanan sayap baru, Pedro Porro, daripada Sporting CP.

Dengan Spurs kini sedang menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ketinggalan tiga mata di bekalang Newcastle United dan Manchester United biarpun sudah beraksi lebih satu perlawanan berbanding pasukan lain dalam kelompok empat teratas, Antonio Conte bertindak untuk memperkasakan pasukannya dalam jendela perpindahan kali ini.

Spurs mengatasi Everton untuk mendapatkan Arnaut Danjuma secara pinjaman minggu lalu dan Porro pula kelihatan menjadi sasaran utama Conte bagi menghidupkan peluang pasukannya memburu penamat empat teratas.

Porro, yang merupakan pemain skuad senior Sepanyol dan menghasilkan tiga gol dan 11 bantuan jaringan buat Sporting musim ini, menjalani ujian kesihatan awal pagi tadi sebelum menurunkan tandatangannya menjelang tarikh tutup jendela perpindahan.

Dia menyertai Tottenham secara pinjaman sehingga penghujung musim ini dan Spurs kemudian dijangka akan melengkapkan pembayaran £40 juta untuk menandatanganinya secara tetap.