EPL: Skubala kekal pengurus interim Leeds United

Muzaffar Musa
February 15, 2023 05:36 MYT
Leeds United mengesahkan bahawa pengurs interim, Michael Skubala, akan kekal mengemudi pasukan itu untuk perlawanan-perlawanan akan datang.
kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedang mencari seorang pengurus baru sejak memecat Jesse Marsch minggu lalu.
Bagaimanapun, selepas memacu Leeds mengikat Manchester United 2-2 sebelum tewas 0-2 kepada lawan sama hujung minggu lalu, Skubala kini akan meneruskan peranan berkenaan.
Paco Gallardo dan Chris Armas juga akan meneruskan peranan selaku pembantu Skubala, di samping pasukan kejurulatihan sedia ada di Elland Road.
"Saya amat menikmati pengalaman ini dan pasukan ini bersama staf di sini memberikan respons dengan amat baik," kata Skubala dalam laman web rasmi Leeds.
"Saya tahu, saya pernah berkata kepada Paco dan Chris bahawa ia sememangnya satu pernghormatan untuk membimbing kelab ini.
"Kami akan terus bekerja tanpa lelah dan membantu untuk mendorong pasukan ini melonjak dalam kedudukan liga dengan masa yang singkat sambil pihak lembaga akan fokus kepada masa depan jangka panjang kelab ini," katanya.

? #LUFC can confirm Michael Skubala will continue to lead the men’s first team for the club’s upcoming fixtures

— Leeds United (@LUFC) February 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Leeds, yang kini dipisahkan hanya satu mata daripada zon penyingkiran, akan berdepan Everton dan Southampton -- dua pasukan di bawah kedudukan mereka -- dalam dua perlawanan selepas ini.
Southampton, dalam pada itu, dikatakan semakin hampir untuk menandatangani Marsch selepas memecat ketua jurulatih, Nathan Jones.
#bola sepak #Leeds United #Liga Perdana Inggeris