EPL: Saya sentiasa menang sesuatu dalam tahun kedua, tegas jurulatih Tottenham Hotspur boleh gondol trofi musim ini

Najmi Iman
September 15, 2024 06:54 MYT
Meskipun tewas kepada Arsenal malam tadi, jurulatih Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, tetap mempercayai bahawa pasukannya mampu memenangi sebarang trofi musim ini kerana falsafahnya yang 'sentiasa memenangi sesuatu dalam tahun kedua'.
Spurs mempunyai peluang yang lebih baik dengan 15 percubaan dalam separuh masa pertama sambil mencatatkan penguasaan sebanyak 63 peratus perlawanan, namun jaringan Gabriel Magalhaes mematikan hasrat pasukan tuan rumah untuk mendapatkan kemenangan.
Apabila ditanya kepada pengendali berusia 59 tahun itu, dia tetap mempercayai bahawa tahun kedua adalah musim yang akan memberikan kebanggaan buat peminatnya di Stadium Tottenham.

Defeat at @SpursStadium. pic.twitter.com/7iwNNdQ1tz

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya sentiasa meraih sesuatu pada tahun kedua dan tiada apa-apa yang berubah.
"Saya sangat yakin dan tiada yang berubah," tegasnya.
Kekalahan kepada The Gunners semalam menjadi kekecewaan ketiga pengurus kelahiran Greece itu sepanjang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak musim lalu.
"Kami akan bangkit dengan lebih kuat," tambahnya.
#bola sepak #Tottenham Hotspur #Ange Postecoglou #EPL #Liga Perdana Inggeris
;