EPL: Saya berbangga dengan semua pemain -- Jurulatih Tottenham Hotspur
Najmi Iman
November 24, 2024 08:46 MYT
November 24, 2024 08:46 MYT
Ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Ange Postecoglu, memuji barisan pemainnya mempamerkan persembahan memukau khususnya James Maddison yang menjaringkan dua gol bertemu Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, malam tadi.
Kemasukannya daripada Leicester City memperkuat barisan tengah yang menguasai keseluruhan permainan tanpa memberikan ruang untuk Man City mengatur gerakan balas.
"Dia (Maddison) sangat cemerlang dan saya tidak pernah meragui kemampuannya," katanya dengan penuh gembira selepas aksi dramatik itu.
Pengendali berusia 59 tahun itu turut berbangga dengan pencapaian anak buahnya meraih kemenangan kedua bertemu juara EPL itu musim ini.
Tottenham Hotspur Football Club. pic.twitter.com/9XT5ItcfRn
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berterima kasih kepada semua pemain atas disiplin yang ditonjolkan. Ia sangat penting untuk memahami konteks kekuatan pihak lawan dan kami mengendalinya dengan baik.
"Apabila anda menetang pasukan seperti Man City, mereka akan menguji setiap aspek permainan sehingga menyukarkan lawan melakukan kejutan, namun kami berjaya mengekang perkara tersebut daripada berlaku," katanya lagi.