EPL: Saka teruja Nketiah cemerlang ganti Jesus di Arsenal

Muzaffar Musa
December 27, 2022 04:03 MYT
Bukayo Saka gembira apabila Eddie Nketiah mempamerkan aksi cemerlang sewaktu memulakan tugasnya untuk menggantikan Gabriel Jesus ketika Arsenal menewaskan West Ham 3-1 awal pagi tadi.
Pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kembali menyambung saingan pada Boxing Day selepas waktu rehat Piala Dunia Qatar dengan harapan untuk meneruskan rentak cemerlang mereka sebelum ini.
Ramai memperkatakan bahawa peluang mereka untuk menjuarai liga musim ini akan terkesan sebaik Jesus disahkan mengalami kecederaan lutut serius di Qatar dan perlu berehat sekurang-kurangnya untuk tiga bulan.
Bagaimanapun, kemenangan terbaru itu memastikan mreka kini berkelebihan tujuh mata di tangga teratas EPL menjelang aksi pencabar terdekat, Manchester City, menentang Leeds United awal pagi Khamis ini.
Nketiah cemerlang memainkan peranannya dalam membantu kemenangan Arsenal, di mana dia menjaringkan gol ketiga pasukan itu bagi melengkapkan kebangkitan epik selepas ketinggalan satu gol.
Saka, yang menjaringkan gol penyamaan buat Arsenal, teruja dengan cara rakannya dari Akademi Arsenal itu membalas kritikan.

11/11 - Eddie Nketiah has scored 11 goals in his last 11 starts for Arsenal in all competitions at the Emirates, notching his 11 goals from just 16 shots on target. Clinical. pic.twitter.com/0V7QEdy1SZ

— OptaJoe (@OptaJoe) December 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ditanya mengenai kepentingan jaringan itu, Saka berkata kepada Prime Video: "Ia sememangnya penting.
"Amat jelas kehilangan Gabby (Jesus) merupakan sesuatu yang besar tetapi anda dapat lihat betapa gembiranya saya untuk Eddie.
"Saya rasa seperti kami semua mempercayainya, hanya itu yang diperlukannya, cukup hanya dengan kami menyokongnya.
"Dia mendapatkan jaringannya dan ia akan memberikannya lebih keyakinan, jadi kami hanya perlu terus memberikan galakan buatnya.
"Kemudian sudah pasti kami masih ada saya, Gabby (Martinelli), Granit (Xhaka), Martin (Odegaard) dan pertahanan tengah juga berusaha untuk mendapatkan gol, jadi semua orang akan menjadi amat penting," katanya.
#bola sepak #Arsenal #West Ham United #Liga Perdana Inggeris #Bukayo Saka #Eddie Nketiah