EPL: Ruben Amorim berang Man Utd kerap berfikir panjang punca seri dengan Ipswich Town

Najmi Iman
November 24, 2024 06:57 MYT
Bukanlah permulaan yang diinginkan apabila ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, memulakan penampilannya dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan keputusan seri berdepan Ipswich Town di Stadium Portman Road, awal pagi tadi.
Sebaliknya bekas pengendali Sporting CP itu percaya bahawa anak buahnya terlampau berfikir panjang sepanjang aksi berlangsung.
Seawal minit kedua Marcus Rashford membuka tirai jaringan yang menandakan era baharu jurulatih dari Portugal itu bakal membawa keajaiban, namun Omari Hutchinson menjadi wira skuad tuan rumah untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan 1-1.
"Pemain terlalu banyak berfikir dan kurang menumpukan sepenuh perhatian ketika permainan berlangsung.

Something to build on for Ruben's Reds ?#MUFC || #IPSMUN pic.twitter.com/GuzuP6KrHW

— Manchester United (@ManUtd) November 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Separuh masa pertama menyaksikan beberapa pertembungan fizikal dan mempunyai aksi satu lawan satu tetapi sukar untuk menangani masalah tersebut.
"Kami kerap kehilangan bola meskipun tanpa tekanan daripada Ipswich Town. Sebagai seorang pemain, mereka harus mengetahui cara mengawal bola dan mengekalkan tempo permainan," luahnya kepada media antarabangsa selepas perlawanan.
#bola sepak #Manchester United #EPL #Liga Perdana Inggeris #Ruben Amorim
;