EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Muzaffar Musa
February 16, 2024 10:05 MYT
February 16, 2024 10:05 MYT
Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson, dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dipantau di Hospital selepas berasa tidak sihat sewaktu latihan pasukan itu malam tadi, demikian disahkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa ini tetapi pengamal media yang sidang menunggu di Pusat Latihan New Beckenham dimaklumkan bahawa sesi itu tidak dapat dijalankan.
Berdasarkan laporan, Palace sedang dalam proses untuk memecat Hodgson, di mana bekas pengendali Eintracht Frankfurt, Oliver Glasner, merupakan calon pilihan untuk menggantikan tempatnya.
Following news that Roy Hodgson was taken ill during today’s training session, we can confirm that he is now stable and is currently undergoing tests in hospital. Everybody at the club sends their best wishes to Roy for a speedy recovery.
— Crystal Palace F.C. (@CPFC) February 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Palace kini menduduki tangga ke-15 EPL, hanya dibezakan lima mata daripada zon penyingkiran.
Hodgson akan mengemudi perlawanannya yang ke-200 sebagai pengurus Palace sewaktu menentang Everton selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Chelsea di Selhurst Park pada Selasa lalu.