EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat

Saufi Tahir
May 21, 2024 14:19 MYT
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, mempercayai bahawa pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford selepas menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelapan musim ini.
Malah, walaupun berjaya melakar kemenangan 2-0 berdepan Brighton dalam perlawanan terakhir liga dan akan menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA tidak akan menyelamatkan pengendali berusia 54 tahun itu.
Dia mempunyai rekod tewas dalam 19 perlawanan dalam semua pertandingan dan akan terlepas saingan di peringkat Eropah sejak 2015, malah berdepan pemotongan gaji susulan prestasi yang merundum.

?️ Rio Ferdinand on Ten Hag’s comments after the Arsenal game “That shows how far we’ve fallen, if we’re just trying to make it difficult for the teams fighting for the league” pic.twitter.com/heHOHjg1gD

— FIVE (@FIVEUK) May 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Semakin saya memikirkan menang atau kalah, saya tidak fikir Ten Hag akan kekal musim depan.
"Saya tidak mengatakan itu yang saya mahu, saya hanya mengatakan apa yang saya percaya akan berlaku dan saya percaya bahawa kelab akan mencari pengganti.
"Saya tidak fikir (menang Piala FA) akan mengubah apa-apa buat pihak INEOS. Ini hanya andaian yang sya fikirkan." katanya menerusi saluran Youtube LIMA.
#Manchester United #Rio Ferdinand #EPL