Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, mengesahkan Reece James bakal kembali ke dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan Newcastle United malam ini.

Pochettino menekankan dalam sidang media pra perlawanan bahawa James akan menggalas tanggungjawab sebagai kapten sekembalinya dalam pasukan.

Dalam pada itu, peminat Chelsea pasti ingin melihat pasukan mereka meneruskan momentum persembahan baik yang ditonjolkan sebelum liga berehat.

Dua perlawanan sebelum ini The Blues gah dengan meraih empat mata dan menjaringkan lapan gol secara keseluruhan berdepan Tottenham dan Manchester City.