EPL: Rasmus Hojlund, Alejandro Garnacho tunjang kemenangan Man United ke atas West Ham

Ammar Hakim
February 4, 2024 07:07 MYT
Rasmus Hojlund meraikan hari lahir ke-21 dengan penuh bergaya apabila menjaringkan gol pembukaan ketika membantu Manchester United meraikan kemenangan 3-0 ke atas West Ham.
Segar daripada jaringan kemenangan pemain berusia 18 tahun, Kobbie Mainoo, ketika mengatasi Wolves, bintang muda The Red Devils sekali lagi menjadi tunjang kemenangan pasukan.
Pemain yang dibawa masuk musim lalu, Hojlund, membuka jaringan dengan jaringannya yang keempat dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sementara pemain berusia 19 tahun, Alejandro Garnacho, turut menemui jaring sebelum menggandakan jaringannya berdepan skuad bimbingan David Moyes The Hammers.
Penjaring gol dalam perlawanan dan serta Mainoo meniru gaya penyerang West Ham, Mohammed Kudus meraikan jaringan selepas gol pertama Garnacho, duduk bersama di atas ruangan iklan.

Kobbie Mainoo, Rasmus Hojlund or Alejandro Garnacho have either scored or assisted EIGHT of the last NINE Premier League goals Man Utd have scored: Hojlund ⚽️ Hojlund ?️ Hojlund ?️ Hojlund ⚽️ ❌ Mainoo ⚽️ Hojlund ⚽️ Garnacho ⚽️ Garnacho ⚽️ The FUTURE of Manchester United. pic.twitter.com/bO1kipmI0D

— Statman Dave (@StatmanDave) February 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia memberikan imej hebat tiga bakat muda yang menawarkan harapan untuk masa depan yang cerah di United, yang berdepan musim agak sukar untuk sebahagian besar tetapi mula menunjukkan tanda-tanda peningkatan.
Satu-satunya negatif untuk pasukan Erik Ten Hag ialah kecederaan dialami Lisandro Martinez ketika perlawanan berbaki 20 minit.
#Manchester United #EPL