EPL: Rashford hampir pasti terlepas perlawanan United-Wolves

Muzaffar Musa
May 13, 2023 00:46 MYT
Marcus Rashford hampir pasti akan terlepas perlawanan Manchester United menentang Wolves di Old Trafford malam ini, sekali gus memberikan masalah kecederaan terbaru buat Erik ten Hag menjelang kepulangan Raphael Varane selepas sebulan tidak dapat beraksi.
Ten Hag berkata bahawa Rashford, yang merupakan penjaring terbanyak United musim ini dengan 29 gol, sedang bergelut dengan kecederaan kaki dan hampir pasti tidak akan bermain ketika United memerlukan kemenangan dalam perlawanan penting itu bagi menyekat hasrat Liverpool untuk memintas mereka dalam kelompok empat teratas.
Kecederaan itu hadir pada ketika United sedang bergelut di bahagian serangan, di mana mereka hanya dapat menjaringkan enam gol dalam sembilan perlawanan terakhir.
"Dia berkemungkinan besar tidak dapat beraksi esok tetapi kami gembira kerana Rafa sudah kembali," kata pengurus itu.

? United have a fresh injury concern ahead of Saturday. #MUFC || #MUNWOL

— Manchester United (@ManUtd) May 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Varane tidak pernah beraksi sejak dikeluarkan dalam separuh masa ketika perlawanan suku akhir pertama Liga Europa (UEL) menentang Sevilla di Old Trafford pada 13 April lalu.
Sepanjang ketiadaan pemain Perancis itu, United hanya memenangi dua daripada tujuh perlawanan terakhir.
"Dia mempunyai pengalaman, dia tahu bagaimana untuk memenangi perlawanan dan dia akan membantu kami untuk menang. Dia akan mendorong kami," kata Ten Hag lagi.

That's what we like to hear, boss! ? ? @RaphaelVarane #MUFC || #MUNWOL pic.twitter.com/FFPfCaaOfD

— Manchester United (@ManUtd) May 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester United #Marcus Rashford #Liga Perdana Inggeris #Raphael Varane #Erik ten Hag