Shaiful Shamsudin
Tue Mar 21 2023
Graham Potter berasakan Chelsea telah menunjukkan kemajuan di bawah pengurusannya tetapi mengakui masih ada tugas yang perlu dilakukan demi melihat The Blues kembali ke puncak.
Bekas pengurus Brighton & Hove Albion itu dilantik menggantikan Thomas Tuchel pada September lalu apabila pemilik baru, Todd Boehly, memilih untuk mengubah hala tuju di Stamford Bridge.
Bagaimanapun, prestasi buruk selepas Piala Dunia di Qatar menyaksikan Potter di bawah tekanan hebat sebelum merakamkan tiga kemenangan berturut-turut selain mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Keputusan seri 2-2 bertemu Everton kelmarin apabila The Toffees meledak gol penyamaan terakhir, sekali gus menyekat hajat mereka untuk melebarkan rentak kemenangan, namun Potter masih menganggap pasukannya anak buahnya sedang mengorak langkah ke hadapan.
“Sudah beberapa minggu kami mengharungi suasana yang tegang,” katanya kepada laman sesawang kelab itu.
"Kami mengharungi beberapa minggu yang baik. Jelas sekali kami mahu mendapatkan kemenangan keempat dan memasuki rehat antarabangsa ini dengan kemenangan.
"Kami perlu terus memikirkan bagaimana kami boleh bergerak ke hadapan dan apa yang perlu kami lakukan dengan lebih baik lagi. Kestabilan, keserasian dan semangat dalam kumpulan menjadi sangat positif sepanjang bulan-bulan yang sukar.
"Sebelum Piala Dunia, keamatan perlawanan dan siri kecederaan yang kami alami adalah tidak masuk akal.
"Jendela perpindahan memberi ruang untuk kami memancing pemain muda yang dapat bekerjasama dengan baik. Masih banyak yang perlu dilakukan."
Piala FA Inggeris: Pochettino tidak mahu anak buah pandang rendah kemampuan City
Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino, memberi amaran kepada anak buahnya untuk tidak mengambil mudah tentangan Manchester City menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris malam ini.
Piala FA Inggeris: Cole Palmer tidak perlu bukti apa-apa kepada Man City
Mauricio Pochettino percaya penyerang Chelsea, Cole Palmer, akan mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris bertemu Manchester City malam ini tanpa apa-apa untuk dibuktikan kepada bekas majikannya, menegaskan dia adalah pengurus yang tepat untuk membantu pemain berusia 21 tahun itu meneruskan peningkatan yang menakjubkan.
Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, berasakan barisan pemainnya masih belum cukup matang selepas sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika berdepan Sheffield United, awal pagi tadi.
Erik ten Hag: Keciciran mata semakin mahal buat Manchester United
Erik ten Hag mengakui kehilangan mata Manchester United semakin 'lebih mahal' dan masa itu semakin suntuk untuk mendapatkan tempat Liga Juara-Juara.
Kesilapan individu punca kekalahan Man United -- Erik ten Hag
Pengendali Manchester United, Erik ten Hag, berkata pasukannya gagal melakukan tugas mereka dan kesilapan individu menjadi punca mereka melepaskan kelebihan satu gol dalam masa kecederaan untuk tewas 4-3 di Chelsea.
Klopp: Gol Alexis Mac Allister inspirasi kemenangan Liverpool
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, jaringan Alexis Mac Allister yang mencetus inspirasi kemenangan 3-1 ke atas Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.
Benam Man United 'titik tolak' kebangkitan Chelsea
Mauricio Pochettino memuji 'titik tolak' dalam hubungan tegang Chelsea dengan peminat mereka selepas menjaringkan gol dua kali dalam masa kecederaan ketika Cole Palmer melengkapkan hatrik dan memastikan kemenangan 4-3 menentang Manchester United di Stamford Bridge.
Alexis Mac Allister bantu Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris
Midfielder Alexis Mac Allister menjaringkan gol penting yang membantu Liverpool kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.
Cole Palmer buat peminat Man United bersahur dengan air mata
Cole Palmer menjaringkan hatrik penuh sensasi ketika Chelsea menjaringkan gol dua kali dalam minit-minit akhir masa kecederaan untuk mengatasi Manchester United 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.
Cole Palmer atasi rekod Eden Hazard
Penyerang Chelsea, Cole Palmer, terus membuktikan dirinya sebagai antara permata England selepas mencatatkan rekod baru ketika pasukannya terikat seri 2-2 bertemu Burnley pada Sabtu.
On this day in 2018: Arsene Wenger announces his Arsenal exit
The Frenchman won three league titles and seven FA Cups.
Heat beat Bulls to set up rematch with Celtics; Pelicans hold off Kings
Heat, Pelicans earn playoff spots
Max Verstappen denies Lewis Hamilton a sprint victory in China
Verstappen crossed the line 13 seconds clear of Hamilton with Sergio Perez taking third.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.
Juventus hit back from two goals down to salvage a draw at Cagliari
Raith Rovers keep unlikely title bid alive with narrow victory at Inverness
.
Oxford frustrated in play-off push as Stevenage force draw
.
Former Wales winger Leighton James dies, aged 71