Umum mengetahui Chelsea baru sahaja dibelasah dengan jaringan empat berbalas satu dalam perlawanan menentang Liverpool pada pagi Khamis.

Kekalahan itu satu tamparan hebat kepada Pengurus mereka, Mauricio Pochettino apabila peluang untuk memintas Manchester United dalam liga terlepas.




Pochettino juga sifatkan pasukannya bermain dengan teruk, dia menambah bahawa Liverpool lebih layak untuk memenangi perlawanan itu.

"Mereka (Liverpool) bermain lebih baik, para pemain kami gagal tampil aksi memberangsangkan untuk kekang serangan Liverpool.

"Kami juga patutnya mendapat penalti, namun kita tiada masa untuk mengeluh dengan keputusan yang telah pun dibuat.




"Saya dan pemain-pemain perlu lupakan kekalahan ini dan kembali fokus untuk hadapi perlawanan akan datang," katanya.

Chelsea bakal berdepan Wolverhampton di laman sendiri pada 4 Februari, sepak mula pada 10.00 malam secara langsung hanya di saluran 811.