EPL: Pochettino dalam radar Manchester United

Kamal Nizam
May 22, 2024 05:18 MYT
Selepas sahaja pengumuman tentang perpisahan antara Mauricio Pochettino dengan Chelsea, dilaporkan Manchester United berminat untuk membawa masuk bekas pengurus Chelsea itu bagi menggantikan Erik ten Hag di Old Trafford musim hadapan.
Dengan prestasi lebih memberangsangkan ditonjolkan Pochettino bersama Chelsea selepas akhiri musim ini di tempat keenam Liga Perdana Inggeris berbanding Ten Hag hanya duduki nombor lapan sahaja.

????????: Mauricio Pochettino is open to joining Manchester United. [@alex_crook] pic.twitter.com/CyCzIir5Wh

— Transfer Sector (@TransferSector) May 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Statistik menunjukkan bahawa pengurus dari Argentina itu mempunyai rekod kemenangan yang sama dengan Erik ten Hag musim ini dengan 18 kemenangan, yang membezakan mereka hanyalah dengan jumlah kalah apabila Chelsea catat 11 kekalahan berbanding Manchester United dengan 14 kekalahan.
Terdapat laporan juga bahawa pemilik bersama Manchester United, ENEOS, sangat berminat untuk lihat Pochettino mengetuai latihan di Carrington musim depan.
#Chelsea #Manchester United #Mauricio Pochettino #Erik ten Hag