EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara

Najmi Iman
December 17, 2024 07:43 MYT
Bintang terkemuka Chelsea, Mykhailo Mudryk, bakal dikenakan tindakan penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak susulan keputusan ujian doping ke atas dirinya, semalam.
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif mengakibatkan dirinya diharamkan sementara bermain bola sepak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh gergasi Liga Perdana Inggeris itu, Chelesa akan menyokong program tersebut selain bekerjasama untuk mencari punca buruk kepada penemuan pemeriksaan doping itu.

Club statement: Mykhailo Mudryk.

— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, Mudryk juga terkejut dengan berita itu sambil mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah mengambil sebarang unsur dadah bagi membantu mendapatkan prestasi terbaik.
"Ini adalah kejutan besar dalam diri saya kerana saya tidak menggunakan apa-apa bahan yang melanggar peraturan. Saya akan memberi kerjasama penuh untuk menyiasat perkara ini.
"Saya tahu saya tidak membuat kesalahan dan berharap dapat kembali bermain tidak lama lagi," katanya menerusi Instagram.

? ???????? Mykhailo Mudryk ?? has been provisionally ????????? from football after a positive drugs test by the FA ? Official statement from Mudryk : “This has come as a complete shock as I have NEVER knowingly used any banned substances.#Chelsea #Mudryk pic.twitter.com/guInFISjNK

— Stadium Astro ?? (@stadiumastro) December 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #EPL #Liga Perdana Inggeris #Mykhailo Mudryk
;