Pemain tengah Tottenham Hotspur, Pape Matar Sarr, memperbaharui kontrak dengan kelab itu untuk tempoh enam setengah tahun.

Pemain dari Senegal yang baru berusia 21 tahun itu telah beraksi buat Ange Postecoglou dalam Liga Perdana Inggeris sebanyak 18 kali sepanjang musim ini.

Menurut perjanjian terbaru itu, Sarr akan bersama Hotspur sehingga musim panas tahun 2030.

Sarr telah dipanggil skuad kebangsaan Senegal, tapi penglibatannya di Piala Negara-Negara Afrika masih belum ada kepastian selepas dia mengalami kecederaan ketika Tottenham membenam Bournemouth 3-1.

Sejak Sarr melakukan penampilan pertama bersama Spurs pada Januari 2023, dia telah membuat 33 kemunculan dalam semua kejohanan termasuk menyumbangkan dua gol.