Mikel Arteta mengakui dia mempunyai kaitan emosi dengan Everton dan menjangkakan bekas pasukannya akan bertempur apabila Arsenal bertandang ke Goodison Park dalam Liga Perdana Inggeris esok.

Arsenal menghidupkan semula bidaang mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris dengan lawatan ke Merseyside di mana mereka menentang Everton kendalian Sean Dyche, yang tidak tewas di tempat sendiri menentang Gunners sejak 2017.

Arteta memuji sifat bekas pasukannya dan menyerlahkan hubungan istimewa antara dirinya dan The Toffees.


“Saya sangat teruja mengenai perlawanan ini, enam tahun lalu kami tidak menang di sana jadi kami perlu memperolehnya,” kata Arteta.

“Kami tahu kami perlu melakukan yang terbaik untuk menewaskan mereka dan itu sesuatu yang kami belum berjaya lakukan jadi di situlah kami akan bermula.

“Ia adalah hubungan emosi yang besar yang saya ada dengan Everton, kenangan luar biasa yang saya miliki jadi saya sentiasa bersyukur. Ia adalah sebahagian besar dalam karier bermain saya dan sebagai jurulatih saya perlu menentang mereka dan kami perlu menewaskan mereka.

“Anda tidak boleh mengelak daripada pertempuran (dengan Everton), gaya permainan yang mereka ada sangat agresif dan mereka sangat bagus melakukannya."

Perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Arsenal menentang PSV minggu depan adalah kali pertama mereka kembali dalam pertandingan itu sejak musim 2016-17.