EPL: Mickey van de Ven sertai Tottenham daripada Wolfsburg dengan kontrak enam tahun

Muzaffar Musa
August 9, 2023 11:19 MYT
Tottenham melengkapkan perpindahan pemain sasaran mereka, Mickey van de Ven, dengan kontrak enam tahun daripada Wolfsburg.
Kehadiran pertahanan tengah kidal itu merupakan pengambilan penting buat pengurus baru, Ange Postecoglou, dalam memperkuatkan benteng Spurs.
Spurs mengikat Van de Ven dengan kontrak hingga 2029 menerusi pembayaran awal bernilai €40 juta (RM200.98 juta) dan bayaran akhir boleh mencecah €50 juta (RM251.23 juta).

Welcome, Micky van de Ven! ? pic.twitter.com/lVU3N8I9UJ

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) August 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain skuad B-21 Belanda itu menjadi sasaran kelab berkenaan sepanjang musim panas ini dan selepas mempertimbangkan dua pilihan di antara Ven de Ven dengan pemain Bayer Leverkusen, Edmond Tapsoba, Tottenham memilih untuk meneruskan pemburuan pemain berusia 22 tahun berkenaan.
Van de Ven memulakan kariernya di Volendam sebelum meninggalkan negaranya untuk menyertai Wolfsburg pada 2021.
Dia diturunkan sebanyak 36 kali mewakili kelab Bundesliga itu sepanjang musim 2022-23, sekali gus menarik minat beberapa kelab gergasi Eropah, termasuk Liverpool.
#bola sepak #Tottenham Hotspur #Wolfsburg #Liga Perdana Inggeris #Mickey van de Ven
;