EPL: Masih terlalu awal bincang tentang kejuaraan -- Arne Slot

Ammar Hakim
September 29, 2024 12:08 MYT
Arne Slot percaya masih terlalu awal untuk bercakap mengenai Liverpool sebagai pencabar kejuaraan selepas mereka melakar kemenangan 2-1 ke atas Wolves untuk menghuni puncak Liga Perdana Inggeris.
Ibrahim Konate membenarkan skuad kendalian Slot mendahului tetapi pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan sejurus perlawanan bersambung menerusi Rayan Ait-Nouri.
Beberapa saat kemudian, Nelseo Semedo menjatuhkan Diogo Jota dalam kotak penalti dan Mohamed Salah tidak melakukan kesilapan dari sepakan penalti untuk meneruskan permulaan terbaiknya dan Liverpool pada musim ini.
Pemain kelahiran Mesir itu kini telah menjaringkan 10 gol kemenangan dalam pertandingan itu dari sepakan penalti, hanya diatasi oleh Alan Shearer dengan 12 dan Frank Lampard dengan 18.
Walaupun berada di kedudukan teratas, Slot menegaskan masih terlalu awal untuk bercakap mengenai pasukannya sebagai pencabar kejuaraan, dengan hanya enam perlawanan liga dimainkan.
Dia berkata, “Rasa sangat bagus berada di puncak. Namun buat masa ini, masih terlalu awal untuk bercakap tentang kejuaraan.
"Jika anda melihat Wolves, mereka berada di bawah senarai tetapi mereka bermain lebih baik daripada hari ini."
"Saya tidak fikir kami bermula dengan baik, tetapi kami perlu memberi kredit kepada Wolves dan Gary O'Neil.
"Mereka mempunyai pelan permainan yang sangat bagus. Kami mempunyai beberapa masalah dalam 20 minit pertama, tetapi selepas itu kami mengawal permainan."

? pic.twitter.com/TlUwTjVsCe

— Liverpool FC (@LFC) September 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #EPL #Arne Slot