Penyerang Manchester United, Marcus Rashford, selamat tanpa kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan kereta pada malam Sabtu.

Agensi berita PA difahamkan kemalangan itu berlaku selepas Manchester United kembali ke pangkalan latihan Carrington mereka berikutan kemenangan Liga Perdana Inggeris ke atas Burnley di Turf Moor.

Para pemain kembali ke padang latihan menaiki bas pasukan untuk mengambil kereta mereka sendiri sebelum bertolak pulang.

Gambar dan rakaman yang disiarkan dalam talian selepas kejadian itu menunjukkan kerosakan yang dialami oleh Rolls Royce milik Rashford.

Difahamkan perkhidmatan kecemasan hadir di tempat kejadian, tetapi Rashford tidak memerlukan rawatan perubatan dan tiada tangkapan dibuat.

Pemain antarabangsa England itu, 25, bermain sepanjang perlawanan di Turf Moor ketika United menang 1-0.