EPL: Manchester United tenang sebelum hadapi Brentford
Kamal Nizam
March 29, 2024 15:14 MYT
March 29, 2024 15:14 MYT
Habisnya tugas antarabangsa, bermula kembali saingan hangat liga-liga utama eropah dan tumpuan pasti terarah kepada Liga Perdana Inggeris.
Ini apabila banyak perlawanan menarik akan berlaku bermula esok dan salah satunya adalah antara Manchester United menentang Brenford di Stadium Komuniti Gtech.
Manchester United sudah pun memulakan sesi latihan penuh, mengikut kepada mood semasa, para pemain dilihat berada dalam keadaan terbaik menjelang perlawanan menentang 'The Bees' nanti.
Bringing the energy! ?? ??????? @McTominay10 x Rasmus ?? #MUFC pic.twitter.com/t7kp8hVDEU
— Manchester United (@ManUtd) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semua pemain yang terlibat dengan perlawanan antarabangsa sudah berada di Carrington demi persiapan menjelang perlawanan itu, ini termasuk Bruno Fernandes, Alejandro Garnacho, Rasmus Hojlund dan Scott McTominay.
Dengan perlawanan terakhir menentang Liverpool berakhir dengan kemenangan buat anak buah Erik ten Hag, ia pasti dapat beri suntikan moral buat mereka.
Boss ❤️#MUFC || #PL pic.twitter.com/SiWYEFJ3jF
— Manchester United (@ManUtd) March 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kepada semua peminat, anda boleh saksikan perlawanan tersebut eksklusif di saluran Astro Supersport 3 (814HD).