EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi

Najmi Iman
April 13, 2024 22:31 MYT
BOURNEMOUTH 2-2 MANCHESTER UNITED
Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi menyaksikan pertembungan diantara Bournemouth menentang Manchester United berakhir dengan keputusan 2-2.
Pada perlawanan pertama tempoh hari, United tewas 0-3 kepada Bournemouth di stadium Old Trafford. Namun, mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja pada perlawanan kali ini.

It ends in a draw.#MUFC || #BOUMUN

— Manchester United (@ManUtd) April 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pasukan bermula dengan sangat baik akan tetapi, tuah menyebelahi Bournemouth yang terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan oleh penyerang berbisa mereka, Dominic Solanke, pada minit ke-16.
Tidak lama kemudian, ketua pasukan The Red Devils, Bruno Fernandes, menambah koleksi gol peribadinya yang ketujuh musim ini apabila jaringannya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Justin Kluivertz, kembali meletakkan Bournemouth di hadapan hasil kelompongan di bahagian kiri Manchester United.
Pemain kebangsaan Portugal, Bruno Fernandes, sekali lagi menjadi watak penting apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Bournemouth, Smith.
Keputusan akhir perlawanan menyaksikan Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United ditangga ke keenam.
#bola sepak #Manchester United #Bournemouth #Liga Perdana Inggeris