EPL: Mampukah Unai Emery menewaskan Arsenal sekali lagi?
Saufi Tahir
August 21, 2024 08:27 MYT
August 21, 2024 08:27 MYT
Pengurus Aston Villa, Unai Emery, semestinya sudah bersedia dalam pertempuran taktikal apabila dia bakal berdepan bekas kelab kendaliannya, Arsenal dalam saingan minggu kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.
Kedua pasukan itu melalui musim yang baik sebelum ini dengan Aston Villa menamtkan saingan liga di tempat keempat terbaik untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
Ollie Watkis pasti akan menjadi taruhan utama Aston Villa memandangkan dia mempunyai rekod cemerlang selepas menjaringkan 19 gol musim lalu. Tetapi Arsenal juga mempunyai rekod baik daripada aspek pertahanan kerana hanya bolos 29 jaringan sahaja pada musim lalu.
The Boss ? pic.twitter.com/baC10UYvgz
— Aston Villa (@AVFCOfficial) August 17, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Unai juga berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 ketika berdepan The Gunners di laman sendiri dalam saingan liga musim lalu. Semestinya perlawanan kali ini akan menjadi lebih sengit dengan aksi yang mendebarkan.
Adakah Aston Villa mampu menewaskan skuad kendalian Mikel Arteta kali ini ? Kongsikan pandangan anda di sini!