EPL: Luongo yakin warga Australia sokong Spurs sejak dibimbing Postecoglou

Muzaffar Musa
October 11, 2023 04:11 MYT
Pemain tengah Australia, Massimo Luongo, yakin semua orang di negaranya kini menjadi penyokong Tottenham selepas kelab itu mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak dibimbing Ange Postecoglou.
Spurs kini sedang mendahului carta EPL dengan perbezaan gol di atas kelab seteru London, Arsenal, menuju ke waktu rehat antarabangsa dan masih belum tewas dalam saingan liga sejak bekas pemain Socceroos itu mengambil alih kelab berkenaan.
Dia merupakan warga Australia pertama dilantik sebagai pengurus sebuah kelab liga divisyen utama England dan mencipta sensasi di negaranya selepas berhasil mengubah corak permainan kelab itu hanya dalam tempoh beberapa bulan.

? London calling for these boys ? ??????? v ?? - 14.10.23 - 5:45am AEDT ?? v ?? - 18.10.23 - 5:45am AEDT ??? Live on Channel 10, 10 Play#Socceroos pic.twitter.com/ux3Gj0zbt9

— Subway Socceroos (@Socceroos) October 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Luongo, yang membantu Ipswich Town kini menduduki tangga kedua Liga Kejuaraan, kembali mendapat panggilan antarabangsa bersama pasukan kebangsaanya menjelang perlawanan menentang England di Wembley hujung minggu ini dan aksi berdepan New Zealand mingu depan.
Dia juga pernah dipanggil mewakili Australia ketika dibimbing Postecoglou dalam Piala Dunia Brazil 2014.
Luongo berkata kepada agensi berita PA mengenai Postecoglou: "Apa yang sedang dilakuknnya ketika ini amat luar biasa. Semua warga Australia sedang mengikuti perkembangannya ketika ini. Amat hebat untuk menyaksikan apa yang sedang dilakukannya dari sini.
"Berada di negara ini, saya fikir dia seorang yang amat ikhlas, anda dapat melihatnya dalam setiap temu bual bersamanya. Dia memiliki minat yang mendalam terhadap sukan ini, dia amat dahagakan kejayaan," katanya.
#bola sepak #Australia #Tottenham Hotspur #Liga Perdana Inggeris