Liverpool telah mengesahkan bahawa Arne Slot merupakan individu yang akan menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengganti baharu mereka.

Kegemilangan sembilan tahun Klopp bersama The Reds berakhir pada Ahad lalu dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves.




Dia sebelum ini telah mengesahkan bahawa dirinya akan mengambil alih tanggungjawab sebagai pengurus mulai 1 Jun, tertakluk kepada penerimaan permit kerja.

Pengendali berusia 45 tahun itu meninggalkan Belanda selepas tiga musim yang berjaya bersama Feyenoord, di mana dia berjaya merangkul kejuaraan liga pada 2003 dan bergelar dua kali Pengurus Terbaik liga Eredivisie.

"Semestinya bukan mudah untuk menutup cerita apabila anda telah banyak mengalami detik indah dan bekerja dengan jaya dengan ramai orang yang hebat di sesebuah kelab.

"Tetapi sebagai ahli sukan, peluang untuk menjadi ketua jurulatih dalam EPL, di salah satu kelab terbesar di dunia, sukar untuk diabaikan." katanya.